Isnin, 22 Februari 2010

Pilihan ATAU Ketetapan?

Salam buat semua..

Pilihan atau ketetapan? Antara dua ini sering mengelirukan hati dan akal fikiran. Bagi yang bijak mengatur kehidupan, pasti merasakan PILIHAN sendiri adalah cara terbaik untuk terus hidup mengikut cara sendiri. Bagi yang akur pada KETETAPAN Ilahi, merasakan ketetapanNya adalah cara untuk merasa hidup terus mendapat keredhaanNya. Bagi anda di luar sana, yang mana satu merupakan cara terbaik atau berkesan dalam mengatur kehidupan?

Di dalam blog ini, pelbagai isu ingin saya kupas agar ia bukan sahaja renungan semata-mata tapi mungkin membantu sebilangan warga di luar sana yang ingin terus mencari jawapan yang terbaik dalam menentukan hala tuju sebuah kehidupan. Diharapkan ada yang sudi memberi ulasan dan pandangan mahupun kritikan untuk bersama-sama membetulkan nawaitu dan matlamat diri agar yang hampir bengkok dapat diluruskan.