Salam buat semua..
Pilihan atau ketetapan? Antara dua ini sering mengelirukan hati dan akal fikiran. Bagi yang bijak mengatur kehidupan, pasti merasakan PILIHAN sendiri adalah cara terbaik untuk terus hidup mengikut cara sendiri. Bagi yang akur pada KETETAPAN Ilahi, merasakan ketetapanNya adalah cara untuk merasa hidup terus mendapat keredhaanNya. Bagi anda di luar sana, yang mana satu merupakan cara terbaik atau berkesan dalam mengatur kehidupan?
Di dalam blog ini, pelbagai isu ingin saya kupas agar ia bukan sahaja renungan semata-mata tapi mungkin membantu sebilangan warga di luar sana yang ingin terus mencari jawapan yang terbaik dalam menentukan hala tuju sebuah kehidupan. Diharapkan ada yang sudi memberi ulasan dan pandangan mahupun kritikan untuk bersama-sama membetulkan nawaitu dan matlamat diri agar yang hampir bengkok dapat diluruskan.
Pilihan@ketetapan
Isnin, 22 Februari 2010
Rabu, 17 Februari 2010
Pelajar.. Oh,remaja!
Assalamualaikum, khas untuk semua pembaca blog ini..
Sekarang ini banyak sahaja kita lihat pelbagai fenomena yang terjadi yang kadang-kadang kita sendiri tahu puncanya. Malah fenomena-fenomena ini sering menduga akal dan fikiran pelbagai golongan terutamanya kalangan remaja. Lihat sahajalah di dada-dada akhbar, terpampang kisah remaja berpeleseran sehingga melahirkan anak dan akhirnya anak itu dibunuh dengan kejam tanpa terlintas di fikiran remaja ini tentang hukuman Tuhan yang sedang menanti. MasyaAllah! Saya tidak sanggup melihat perkara ini berlaku baik di hadapan atau di belakang saya.
Pembaca sekalian,
tidak terfikirkah kita bahawa kita sudah hampir ke suatu titik yang dinamakan HARI KIAMAT? Pelbagai laman web yang menerangkan tentang kehadiran KIAMAT ini namun adakah kita benar2 ambil kisah? Terjadi di hadapan kepala saya sendiri di mana anak zaman kini tidak lagi menghormati yang tua atau lebih pengalaman daripada mereka. Ingin saya kisahkan ketika saya mula mengajar di sebuah sekolah menengah daerah Seberang Jaya. Memang diakui pelajarnya amat lemah dalam matapelajaran hinggakan sifir tidak ingat. Namun itu tidaklah menjadi masalah kepada saya untuk mendidik anak2 di situ. Permasalahannya bila berpunca dari seorang pelajar yang berani mengatakan secara terbuka tentang apa yang dilihatnya daripada bentuk tubuh badan saya. Alangkah terkejutnya saya kerana pelajar ini bukan pelajar yang akan menamatkan sekolah tetapi pelajar Tingkatan 1 yang baru mengenali penambahan, penolakan, pendaraban atau pembahagian dua nombor. Malah, tidak diajar lagi tentang ilmu seks. Wah, beraninya pelajar itu! Sebagai tindakan drastik, pelajar ini dibawa berjumpa dengan Penolong Kanan Petang dan akhirnya dibawa berbincang dengan ibu bapa.
Pembaca sekalian,
lihatlah remaja kini. Puncanya dari siapa? Patutkah disalahkan ibu bapa yang bertungkus lumus mencari sesuap nasi demi anak2? Patutkah disalahkan guru yang menghabiskan tenaga mencari formula mendidik ANAK2 TEKNOLOGI? Patutkah disalahkan segala bentuk media yang sering memaparkan kisah2 tragis dan pergolakan remaja agar timbul keinsafan di hati mereka? Atau patutkah disalahkan remaja itu kerana mengikuti arus kemodenan agar mereka tidak digelar manusia yang ketinggalan?
Duhai pembaca,
kita ingin maju. Dalam masa yang sama kita masih leka. Anak2 tidak ditegur, ditampar atau diherdik. Anak2 dibiarkan berjalan ke sana ke mari tanpa tahu hala tuju. Anak2 tidak diberi buku panduan tentang ilmu akhirat ketika berada di rumah. Anak2 tidak dipantau dengan siapa dia berkawan. Anak2 tidak dilihat apa yang dibawa atau dikendong ke sekolah. Kesian anak2. Ibu bapa sibuk. Tiada masa untuk bersama anak2. Entah makan, entahkan tidak. Namun menarik zaman kini. Ibu bapa ada masa membawa ada ke konsert. Ada masa menemani anak ke pertandingan nyanyian atau ratu cantik. Malah, memberi galakan penuh terhadap minat dan usaha anak ke arah itu. HAIRAN DAN KAGUM!
Pembaca sekalian,
di sini bukan saya nak bersyarah. Bukan niat untuk mengguris tapi sebagai cebisan nota dan pandangan terhadap apa yang berlaku kini. Renung2kan bersama untuk diambil iktibar dan panduan agar kita sama2 menuju ke alam akhirat yang lebih bahagia dan sempurna..
Langgan:
Catatan (Atom)